Tuesday, April 29, 2008

Nando's Peri-fy your art Contest

Pada bulan Mac yang lalu, restoran terkemuka dengan hidangan ayam dan sos yang pedas, Nandos telah mengadakan pertandingan Peri-fy your art untuk mencungkil bakat artis-artis muda di Malaysia. Untuk menyahut cabaran itu, kami pelajar - pelajar seni halus dari UiTM Melaka telah menghantar sebanyak 44 penyertaan. Kami diketuai oleh pensyarah kami, En Fazli Othman telah menghantar karya - karya tersebut ke NN Gallery.
Pada 22 April yang lalu, telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan. DAri pihak UiTM Melaka, Shahariah Bte Roshdi telah memenangi hadiah saguhati. Syabas kepada beliau. Terima kasih diucapkan kepada pihak NN Gallery dan Nandos kerana sudi menjemput kami para pelajar dari UiTM Melaka untuk menghadiri majlis itu.

No comments: