Pada 7hb April yang lepas, kami pelajar-pelajar seni halus semester 05 Disember 2007 - April 2008, telah membuat satu pameran yang diberi nama "Landscape - The View From Within".
Pameran ini mempamerkan karya 33 orang pelajar semester 05 yang berbentuk painting, etching dan drawing. Pameran ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Mizan Bin Hitam, Pengarah Kampus UiTM Melaka. Ini merupakan pameran yang pertama melibatkan pelajar seni halus selain daripada Diploma Show yang sering diadakan pada setiap hujung semester. Saya selaku ketua projek berasa amat berbangga dan bersyukur kerana pameran ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak pentadbiran tertinggi UiTM Melaka terhadap sokongan dari sumber kewangan. Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah Art & Design UiTM Melaka dan rakan - rakan sekalian.
Tuesday, April 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment